KUALA LUMPUR 17 Jun – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dinasihatkan supaya tutup mulut dan tidak mencampuri hal ehwal dalaman UMNO. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, nasihat itu dibuat berikutan tindakan pemimpin veteran DAP itu menyentuh urusan dalaman UMNO termasuk pemilihan Majlis Tertinggi parti dan penglibatan beliau sebagai calon Timbalan Presiden UMNO menerusi blog Kit Siang baru-baru ini. “Kepada Kit Siang, saya ingin berkata, tolong tutup mulut…










