PENGUMUMAN Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO di pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang semalam dijangka memberi sinar baharu kepada parti itu. Kenyataan itu sebenarnya amat dinanti-nantikan UMNO Johor. Bagi penulis, Mohamed Khaled adalah figura penting, berkredibeliti dan berwibawa dari negeri ini untuk diketengahkan sebagai calon Naib Presiden sekali gus melakukan transformasi. Beliau merupakan tokoh UMNO Johor yang paling ideal dan…










