JOHOR BAHRU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini. Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berkata, penawaran dilakukan dalam keadaan UMNO berada pada paras kedudukan paling rendah, sekali gus sebagai perjuangan memastikan parti tersebut kembali disokong orang Melayu dan rakyat keseluruhannya. “Penawaran ini memberi alternatif kepada anggota UMNO untuk membuat pilihan.…










