KUALA LUMPUR 31 Mei – MIDF Research menjangkakan keyakinan perniagaan untuk tempoh tiga hingga enam bulan akan datang kekal di paras rendah di tengah-tengah perubahan dasar dan pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan. Dalam nota kajiannya hari ini firma penganalisis ekonomi itu berkata, kajian semula terhadap projek-projek infrastruktur mega dan pembatalan projek Kereta api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan MRT3 akan mempunyai kesan yang signifikan terhadap keyakinan perniagaan keseluruhan…










