Ketua kampung kekal jika prestasi baik - Exco Perak - Utusan Malaysia

Ketua kampung kekal jika prestasi baik – Exco Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Ketua kampung lantikan kerajaan terdahulu di Perak yang mempunyai rekod baik serta disenangi masyarakat setempat akan dikekalkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi.

Beliau berkata, proses pemilihan ketua kampung telah selesai hampir 80 peratus dengan bakal melibatkan muka lama dan muka baharu.

“Setakat ini apa yang paling penting adalah mereka (ketua kampung terdahulu) diterima masyarakat. Soal mereka daripada parti mana tidak menjadi masalah selagi mereka disenangi rakyat dan mampu menjadi ketua kampung yang bertanggungjawab serta efisien,” katanya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebanyak sembilan Ketua Pendakwa Syarie dari seluruh negara terlibat pada bengkel lima hari bermula hari ini bagi membincangkan pelbagai isu antaranya pengurusan standard jenayah syariah.

Asmuni bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penetapan Resolusi Bengkel Penyelarasan Jabatan Pendakwaan Syariah Seluruh Malaysia di Pulau Pangkor di sini hari ini.

Sebanyak 859 orang ketua kampung akan dilantik pada 1 Julai depan bagi mengisi semula kekosongan jawatan itu setelah perkhidmatan ketua kampung sedia ada ditamatkan hujung bulan ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini