PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuntut kesetiaan dalam kalangan penjawat awam bagi melancarkan pentadbiran negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Beliau berkata, terdapat segelintir penjawat awam secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada kerajaan terdahulu yang dikuasai Barisan Nasional (BN) dengan terlibat secara langsung dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lepas. Menurutnya, sokongan itu akan mengganggu pentadbiran kerajaan PH yang dibentuk susulan kemenangan…










