PETALING JAYA- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir hari ini mempersoalkan kesetiaan pegawai-pegawai kerajaan terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH). Ini kerana, katanya ramai antara mereka melibatkan diri dalam politik apabila turut serta berkempen untuk Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-14 (PRU-14) lalu. “Ramai pegawai kerajaan sama ada sukarela atau pun tidak mengambil bahagian dalam PRU-14 berkempen untuk parti BN. “Ini mengganggu pentadbiran PH kerana kita ingin mentadbir ikut cara kita…










