PUTRAJAYA 18 Jun – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Malaysia hari ini telah meminta kerjasama Jepun dalam beberapa bidang termasuk pengurusan bencana. Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, Jepun memiliki banyak pengalaman dalam pengurusan bencana justeru, Pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) boleh mendapat manfaat daripadanya. Katanya, kerjasama itu termasuk dari aspek latihan dan perkongsian kaedah dalam beberapa aspek antaranya berhubung teknologi-teknologi amaran awal bagi meramal serta mempersiapkan diri…









