Kerajaan negeri sedia bantu Orang Asli Kuala Masai - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri sedia bantu Orang Asli Kuala Masai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bersedia membantu penduduk Orang Asli dari Kuala Masai di sini yang dibelenggu pelbagai isu pampasan berkenaan tanah mereka sejak 2010.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, kesediaan itu termasuk mengkaji kronologi kes (pampasan) agar kerajaan negeri memahami situasi sebenar.

“Sekarang ini, saya tidak nampak lagi kronologi tetapi kalau sudah dapat, saya akan memperhalusinya untuk melihat apakah keperluan golongan ini dan mengapa kerajaan lama (Barisan Nasional) tidak memenuhinya walaupun mahkamah sudah mengarahkan pampasan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan seramai 320 penduduk masih menunggu pampasan mereka setelah diarahkan berpindah dari Kampung Orang Asli Stulang Laut di sini ke Kampung Orang Asli Kuala Masai pada 1993.

Terdahulu, mereka telah memfailkan saman berhubung kes itu dengan menamakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sebagai defendan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN