PONTIAN – Kerajaan akan melakukan semakan semula terhadap status dan tahap isu pencemaran yang dihadapi nelayan pada masa ini bagi menentukan kadar bantuan yang perlu disalurkan kepada golongan itu bagi meneruskan kelangsungan hidup. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, kadar bantuan ini merangkumi kos sara hidup, geran dan pelbagai bantuan bermusim memandangkan ramai nelayan kehilangan punca pendapatan akhir-akhir ini akibat pencemaran dari projek tertentu antaranya penambakan benteng…