Keputusan rasmi pemilihan 3 sayap UMNO pukul 5 petang - Utusan Malaysia

Keputusan rasmi pemilihan 3 sayap UMNO pukul 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – Keputusan rasmi pemilihan bagi ketiga-tiga sayap UMNO hanya akan diketahui secara rasmi pada pukul 5 petang ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, hal ini kerana masih terdapat bahagian yang belum selesai melakukan proses pengundian.

“Ada 65 bahagian dari seluruh negara yang belum selesai bermesyuarat. Ketika ini Ibu Pejabat UMNO hanya memperoleh kira-kira 45 peratus keputusan.

“Sebarang keputusan yang disebarkan di media sosial bukan keputusan rasmi,” katanya dalam sidang akhbar sempena mesyuarat dan pemilihan sayap UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN