Keputusan Pemilihan Sayap Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang - Utusan Malaysia

Keputusan Pemilihan Sayap Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 23 Jun – Proses pemilihan pucuk pimpinan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang bagi sesi 2018-2021 hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila kesemua penyandang jawatan sesi lalu kekal tanpa bertanding.

Dalam Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan yang dirasmikan Ketua UMNO bahagian, A.Latiff Awang di Binjai Rendah, Toh Puan Zaitun Mat Amin terus diberi mandat oleh perwakilan wanita bagi menerajui sayap parti di bahagian ini.

Zaitun yang juga merupakan bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 turut dicalonkan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Malaysia.

Turut kekal tanpa disaingi ialah bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap. – UTUSAN ONLINE

Keputusan Pemilihan Sayap Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang 2018 – 2021:

Pengerusi Tetap – Khamsiah Lat
Timbalan Pengerusi Tetap – Salmah Awang Hamat
Ketua – Toh Puan Zaitun Mat Amin
Naib Ketua – Marina Endut

Ahli Jawatankuasa
1. Azizah Ahmad Shah.
2. Ramlah Salleh.
3. Fatimah Jusoh.
4. Zabedah Bidin.
5. Yani Ali.
6. Liza Mohamed.
7. Selma Kadir.
8. Hayati Sulong.
9. Komsiah Sudin.
10. Rahah Hussin.
11. Normar Agil.
12. Norina Mohamad.
13. Azelayaty Mohd Yusoff.
14. Nur Faridah Othman.
15. Salmi Salleh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN