PUTRAJAYA 12 Jun – Perkenan Sultan Muhammad V agar peruntukan gaji dan emolumen Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus telah menyuntik semangat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta rakyat dalam bersungguh-sungguh mengurangkan beban hutang Kerajaan Persekutuan. Guan Eng dalam satu kenyataan memberitahu, dalam kepincangan negara dirundung beban hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,087 bilion, beliau menjunjung kasih dan percaya limpah kurnia serta keprihatinan Baginda itu disanjung tinggi rakyat.…











