Kekal setia jika tewas bertanding - Utusan Malaysia

Kekal setia jika tewas bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pendiriannya akan terus kekal setia dengan perjuangan UMNO walaupun jika beliau tewas dalam pertandingan jawatan tertinggi parti itu pada 30 Jun depan.

Ahmad Zahid

Pemangku Presiden UMNO itu berkata, beliau akan te­rus membantu sesiapa sahaja yang akan menjadi pemimpin atasan bagi memperkukuhkan UMNO sekiranya tewas.

“Ya, insya-Allah saya akan terus kekal dalam UMNO dan akan bantu siapa saja yang akan jadi pemimpin atasan untuk mengukuhkan parti. Saya akan menyumbangkan idea sekurang-kurangnya.

“Begitu juga jika saya menang, seperti yang disebut sebelum ini saya tidak akan tinggalkan seorang pun untuk bersama membantu bagi mengukuhkan parti dengan agenda pembaharuan yang akan dibincangkan bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Pemilihan jawatan bagi kerusi Presiden UMNO pada 30 Jun ini menyaksikan lima calon bakal bertanding termasuk Ahmad Zahid serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Raza­leigh Hamzah.

Dua calon lain ialah Ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamad Iqbal Mari­cair dan Ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd. Yusof Musa.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kemenangan tanpa bertanding di 74 daripada keseluruhan 191 bahagian UMNO untuk jawatan ketua bahagian memperlihatkan bahawa demokrasi dalam pemilihan parti itu pada minggu hadapan berjalan dengan baik.

“Di samping itu, keputusan Majlis Tertinggi untuk membuka jawatan-jawatan di peringkat nasional untuk ditandingi telah memberi ruang seluas-luasnya bagi ahli-ahli yang layak bagi menawarkan diri bertanding,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN