MADRID – Presiden Real Madrid, Florentino Perez mengakui terkejut selepas Zinedine Zidane memaklumkan akan melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan tersebut malam tadi. Zidane membuat keputusan untuk meninggalkan The Galacticos selepas lima hari berjaya membimbing kelab gergasi La Liga tersebut merangkul trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut. Status pengendali berusia 45 tahun itu hangat diperkatakan selepas beliau berjaya membimbing Real menundukkan Liverpool 3-1 pada pentas final di Kiev, Ukraine walaupun Zidane gagal menghadiahkan kejuaraan La Liga dan Copa del Rey kepada The Galacticos musim ini. “Semua dapat bayangkan ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya