REKOD buruk Rusia dalam isu keganasan dan perkauman bola sepak mencetus kebimbangan kurang seminggu sebelum Piala Dunia 2018 memulakan kempen pada 14 Jun ini. Kemampuan Rusia menangani dua isu tersebut menimbulkan tanda tanya, biarpun pihak berkuasa negara itu berulang kali memberi jaminan keselamatan terhadap semua pasukan serta peminat yang bakal bertandang sepanjang sebulan kejohanan berlangsung. Antara tindakan yang diambil pihak berkuasa Rusia adalah ‘menyenarai hitam’ samseng bola sepak dan semua…











