SUNGAI PETANI – Kerajaan Kedah akan mengemukakan usul kepada kerajaan Persekutuan berkaitan pemasangan ‘child seat’ atau kerusi khas kanak-kanak dalam kenderaan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya berhubung perkara berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Pembangunan Insan negeri, Azman Nasrudin berkata, beliau melihat tahap kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pemasangan ‘child seat’ masih rendah dan ia boleh mengundang risiko kecederaan atau kematian apabila berlaku kemalangan. “Kita akan cuba usulkan cadangan yang boleh dilaksanakan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, antaranya perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan pengeluar kerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya