SHAH ALAM 1 Jun – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengajak rakyat negara ini bersama-sama menyertai perhimpunan aman Hari Al-Quds bagi menentang pencabulan serta kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Menurut Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid perhimpunan aman yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur itu diadakan selepas solat Jumaat pada 8 Jun ini serentak dengan himpunan Hari Al-Quds di seluruh dunia. “Justeru,…










