Kebajikan anggota, pesara tentera akan terus diperkasakan - Utusan Malaysia

Kebajikan anggota, pesara tentera akan terus diperkasakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Kementerian Pertahanan tekad memperkasakan lagi kebajikan anggota dan bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membolehkan mereka mendapat lebih banyak manfaat sejajar dengan proses pemulihan ekonomi yang sedang diusahakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, perkara berkenaan menjadi keutamaan beliau selepas dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli Kabinet kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 “Berpandukan kepada penelitian yang dibuat saya mendapati  kebanyakan perajurit bersara pada umur 41 tahun, umur sebegini sebenarnya masih awal untuk memegang pencen kerana mereka masih mempunyai tenaga untuk bekerja ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Warga ATM di Markas Tektikal Pos Tok O di Rantau Panjang di sini hari ini. 

Turut hadir Panglima 2 Divisyen, Mejor Jen Datuk Ramli Jaafar dan Pemangku Panglima Briged Kelapan Infantri, Kol Noorul Azril Ariffin.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, aspek kebajikan yang akan diberikan penekanan oleh beliau dan kementeriannya merangkumi perumahan dan pendidikan anak-anak  warga ATM. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN