GROZNY, Rusia 11 Jun – Bintang sensasi Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah masih gagal menyertai sesi latihan pertama skuad negaranya hari ini sebaik tiba di kem persiapan mereka di sini semalam. Masih dihantui kecederaan bahu yang dialaminya ketika final Liga Juara Juara Eropah menentang Real Madrid bulan lalu, kelibat penyerang berusia 25 tahun itu langsung tidak kelihatan sekaligus mengecewakan jurugambar dan peminat yang mahu merakam dan melihat aksinya berlatih. Salah…










