KDN sahkan individu dalam klip video tular Ahli Kehormat Rela - Utusan Malaysia

KDN sahkan individu dalam klip video tular Ahli Kehormat Rela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Jun – Kementerian Dalam Negeri menjelaskan seorang individu dalam video pertengkaran tular di media sosial yang mendakwa diri daripada kementerian itu adalah Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dilantik pada Februari 2015. Kementerian itu dalam satu kenyataan menjelaskan, siasatan lanjut mendapati lelaki itu telah digantung daripada jawatan itu kerana disiasat atas dakwaan salah guna kuasa pada Mei 2017. “Sehubungan itu, kementerian telah memanjangkan sedutan video itu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE  

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN