JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan hilang dipercayai dilarikan selepas rumah neneknya di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap dekat Muar dipecah masuk, pagi tadi. Nur Aisyah Hasmizan, yang berumur setahun lima bulan, disedari hilang kira-kira 5 pagi ketika kedua ibu bapanya, Siti NoorfadilahYusofe, 30, dan Hasmizan Othman, 35, bangun untuk bersahur. Ibu saudara kanak-kanak itu, Jamilah Yusofe, 30, ketika dihubungi Bernama berkata, adiknya (Siti Noorfadilah) ketika ini tidak dapat dihubungi…










