KUALA LUMPUR – Sejumlah penjual mercun menjual bahan larangan itu melalui laman sosial Facebook dan Instagram bagi mengelak mereka ditangkap oleh pihak berkuasa.
Tinjauan Kosmo! mendapati penjual tersebut mempromosikan mercun seperti AP Bom, Lemang, Thunder Clap, Gasing, Naga dan 138 Shot Cake dengan harga antara RM7 hingga RM300.
Malah, sehingga kini dianggarkan lebih 25 akaun Facebook didapati menjual mercun antaranya Raya Mercun Bunga Api Murah, Kedai Mercun Online, Mercun Raya 2018 dan banyak lagi.
Seorang peniaga mercun yang hanya dikenali sebagai Amirul, 26, berkata, penjualan mercun secara online lebih mudah dan selamat berbanding menjualnya di tempat terbuka bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.
“Terdapat banyak operasi dijalankan oleh pihak berkuasa menyebabkan sukar untuk kami menjual mercun di tempat terbuka berbanding media sosial yang lebih mudah.











