KOTA BHARU 20 Jun – Kelemahan jentera serangan dan tengah adalah antara penyebab kegagalan Kelantan memperoleh sebarang mata bagi memperbaiki kedudukan untuk keluar daripada zon penyingkiran ke Liga Premier musim depan. Pemangku Ketua Jurulatih The Red Warriors, Yusri Che Lah berkata, pihaknya perlu melipatgandakan usaha bagi mengatasi masalah itu dan membolehkannya terus beraksi dalam saingan Liga Super menerusi enam perlawanan yang masih berbaki. “Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan yang dialami The Red Warriors dan kita akan berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin mata pada perlawanan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya