Jenayah komersial kian meningkat - Utusan Malaysia

Jenayah komersial kian meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Jun – Statistik kes jenayah komersial di negeri ini mencatat peningkatan sebanyak 30 peratus dalam tempoh sama antara Januari hingga Mei iaitu 544 kes pada tahun ini dan 429 kes tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, bagaimanapun dari segi kerugiaan pula mencatatkan nilai sebanyak RM40 juta pada 2017 berbanding tahun ini sebanyak RM13 juta.

“Polis memandang serius pe­ningkatan kes melibatkan jena­yah komersial dan mahu semua lapisan masyarakat mengambil iktibar dengan kes-kes yang berlaku sebelum ini.

“Siasatan mendapati kebanyakan kes yang berlaku disebabkan faktor kurang kesedaran masyarakat mengenai jenayah kolar putih dan penipuan selain terpedaya dengan janji manis sindiket,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, antara kes yang direkodkan adalah melibatkan tipu, pecah amanah jenayah, salah guna harta dengan curang, jenayah siber, pemalsuan dan wang palsu.

“Masyarakat perlu menjadikan pengajaran ratusan kes lalu yang sebelum ini pernah dilaporkan dalam media massa dan tidak sepatutnya kejadian seumpama itu akan berlaku lagi.

“Scammer yang sering menjerat masyarakat sehingga melakukan transaksi tunai sahaja mencatatkan peningkatan iaitu dari 338 ke kepada 450 pada 2018 dengan kerugian sebanyak RM10 juta,” ujarnya.

Tambahnya, faktor kurang maklumat dan tiada kesedaran serta tamak menyebabkan mangsa terpedaya dengan sindiket terutama jenayah penipuan siber seperti ‘Macau Scam’ dan ‘Love Scam’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN