Jawatankuasa khas kaji aduan berhubung HRDF - Utusan Malaysia

Jawatankuasa khas kaji aduan berhubung HRDF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Satu jawatankuasa khas di bawah Kementerian Sumber Manusia akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi meneliti aduan-aduan berhubung Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

M. KULA SEGARAN
M. KULA SEGARAN

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, aduan-aduan itu kemudian akan dipaparkan dalam laman sesawang rasmi HRDF dan akan dikemas kini secara kerap.

“Kita mahu ‘pergerakan’ yang telus dan tidak mahu berselindung di bawah mana-mana nama,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi soal jawab bersama HRDF, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif HRDF, Datuk J. Vignaesvaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini