BUKAN perlu digeruni, sebaliknya melihat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sebagai sebuah institusi yang begitu dekat di hati. Bertindak sebagai agensi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk Labuan, tugas itu tidak bermakna PPZ-MAIWP harus ‘ditakuti’ mereka yang mempunyai banyak harta. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, menerusi PPZ-MAIWP umat Islam dapat membersihkan hati daripada sifat tamak haloba, malah menyucikan harta yang diperoleh menerusi amalan…










