KAZAN 20 Jun – Kapten Australia, Mile Jedinak menggesa rakan sepasukannya agar tidak terlalu memberi tumpuan kepada Christian Eriksen dalam usaha mereka mencari tiga mata pertama apabila bertemu Denmark bagi aksi kedua Kumpulan C Piala Dunia di Arena Samara, esok. Kekalahan 2-1 kepada Perancis dalam aksi pertama menyebabkan skuad Socceroos terdesak untuk mencari kemenangan bagi mencerahkan peluang mereka untuk melepasi peringkat kumpulan. Ayam tambatan Denmark, Eriksen meledak 11 gol untuk negaranya sepanjang aksi kelayakan menjadi pemain utama kepada skuad kendalian Age Hareide. Bagaimanapun, Jedinak menyempurnakan penalti ketika bertemu Les Bleus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya