PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, kata Peguam Negara, Tommy Thomas. Dalam satu kenyataan, Thomas berkata, Jabatan Peguam Negara memerlukan masa untuk mengkaji kertas siasatan tersebut tetapi menghargai tindakan segera dan sensitiviti tugasnya. “Bagi melaksanakan tugas kami dengan efektif, saya telah melantik satu pasukan untuk mengkaji kertas itu dengan tujuan untuk kemungkinan memulakan pendakwaan jenayah dan satu lagi untuk mengkaji memulakan prosiding sivil,” kata beliau. Beliau berkata, anggota kedua-dua pasukan terdiri daripada timbalan pendakwa raya dan peguam kanan persekutuan berpengalaman yang akan melaporkan terus kepada beliau. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya