Kemesraan yang terjalin antara Ayda Jebat dan Redza Rosli sentiasa mendapat perhatian orang sekeliling meskipun kedua-duanya sudah menjelaskan bahawa hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan. Mungkin ramai yang sukar untuk percaya bahawa pasangan pelakon drama Ku Kirim Cinta ini hanya berkawan memandangkan mereka begitu rapat apatah lagi selepas timbulnya isu Ayda kerap mengunjungi set penggambaran drama Isteri Untuk Diiktiraf lakonan Redza awal tahun ini. Ketika isu itu timbul, Ayda enggan mengulas lanjut mengenainya. Bagaimanapun perkara itu kembali diperkata apabila menjadi bahan sindiran pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya