BAITULMUQADDIS 22 Jun – Isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu didakwa oleh mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan dana negara melibatkan penyediaan makanan di kediaman rasmi mereka, kata Kementerian Keadilan. Mahkamah mendakwa Sara, bersama dengan pekerja kerajaan melakukan penipuan dengan memperoleh lebih AS$100,000 (RM401,000) untuk beratus-ratus makanan yang dibekalkan oleh restoran sekali gus melanggar peraturan-peraturan yang melarang amalan itu jika tukang masak bekerja di rumah. Sara didakwa atas penipuan yang lebih berat…










