Ismail Sabri umum tanding Naib Presiden - Utusan Malaysia

Ismail Sabri umum tanding Naib Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jun – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO memberitahu, keputusan itu diambil kerana beliau bertekad bersama-sama pucuk kepemimpinan yang dipilih untuk terus memperkasakan parti selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berjanji sekiranya dipilih akan mendengar dan memastikan suara akar umbi diberi keutamaan dalam sebarang keputusan peringkat tertinggi parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO tidak harus terlalu terikat dengan hierarki sehingga mewujudkan gambaran parti kita menjadi feudal sehinggakan orang bawah tidak boleh bersuara selagi orang atas tidak bersuara.

“Demikianlah hal yang sama dalam perjuangan membela agama Islam dan hak-hak Melayu yang kelihatan tercabar pada waktu ini, bahkan melibatkan institusi raja-raja Melayu yang turut dihina yang saya akan pertahankan hak-hak ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini