Ketika Pilihan Raya Umum ke-14, pasti kepimpinan tertinggi BN tidak menjangka bahawa kekalahan teruk berlaku. Ketika itu, di belakangnya terdapat 13 parti dalam gabungan yang setia bersama. Namun jatuhnya Putrajaya di tangan Pakatan Harapan (PH) menyebabkan banyak parti komponen yang selama ini memuja gabungan Barisan Nasional (BN) bersikap oportunis dan bertindak mengkhianati BN. Daripada 13 parti menentang PH dan Pas, tidak sampai sebulan kekalahan BN kini tinggal empat sahaja gabungan yang tinggal. Inisiatif Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua yang mengasaskannya pada tahun 1973 seolah-olah hampir berakhir ketika akhir pemerintahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya