MUKAH – Seorang wanita maut, manakala anak lelakinya berusia sembilan tahun cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 56, Jalan Mukah-Selangau di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Nuli Sulang, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah pada kepala dan badannya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum…










