MAE SAI, Thailand 29 Jun – Pasukan keselamatan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 pemain bola sepak remaja dan jurulatih yang terperangkap masuk hari keenam hari ini di sebuah gua di utara Thailand. Pasukan penyelam yang berusaha untuk masuk ke kawasan yang dipercayai tempat kumpulan remaja itu terperangkap berdepan dengan kesukaran apabila hujan lebat meningkatkan paras ais dalam gua tersebut. Keadaan banjir itu menghalang laluan yang membawa kepada kumpulan remaja tersebut, selain keadaan gelap yang menyukarkan lagi operasi SAR. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya