KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan tidak akan bertanding dalam pemilihan UMNO 30 Jun ini. Hishammuddin yang juga menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata, beliau sebaliknya akan bekerja dengan lebih keras untuk membantu membangunkan semula UMNO bermula dari Johor. “Saya dapati ramai yang menawarkan diri untuk bertanding demi membawa UMNO ke hadapan dan saya percaya mereka harus diberikan peluang untuk memimpin. “Justeru, saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi apa-apa jawatan di peringkat pusat bagi sesi pemilihan kali ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya