Hilang 4 jari kiri kerana mercun bola - Utusan Malaysia

Hilang 4 jari kiri kerana mercun bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 7 Jun – Akibat bermain mercun bola, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun hancur empat jari kiri dalam kejadian di Kampung Paya Bemban, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Mohammad Zulhakimi Mohd. Hussain dikatakan bermain mercun di rumah rakannya yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Ibu mangsa, Rosmazili Nek Ismail, 36, berkata, Mohammad Zulhakimi meminta izin daripadanya untuk keluar dan berjanji akan pulang ke rumah pada pukul 8.30 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia kena pulang awal sebab keluarga kami merancang untuk beli baju raya pada malam itu. Ketika saya baru selesai makan dan ingin mengemas, jiran datang beritahu kejadian menimpa anak.

“Saya tidak sempat melihat dia kerana jiran terus membawanya ke hospital kerana kecederaannya itu amat teruk,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini hari ini.

Ini merupakan kejadian kedua melibatkan mangsa letupan mercun dengan kes pertama dilaporkan menimpa seorang remaja lelaki, Eiman Najwan Anwar Fuad, 14, pada 29 Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini