Henti monopoli siaran - Utusan Malaysia

Henti monopoli siaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
TERIMA kasih dan syabas diucapkan kepada Menteri Komunikasi dan Multmedia, Gobind Singh Deo kerana inisiatif beliau mendapatkan penajaan dari dua buah syarikat swasta mengeluarkan kos sebanyak RM30 juta untuk memberikan peluang seluruh rakyat Malaysia menonton Piala Dunia 2018 di Rusia secara langsung bermula 14 Jun lalu.

Rasa kelegaan terpancar seluruh warganegara yang dikatakan begitu bijak memilih Pakatan Harapan tepat pada masanya kerana telah menunaikan salah satu janji manifesto mereka untuk menyiarkan siaran langsung Piala Dunia 2018.

Nasib baik Pakatan Harapan menang, kalau tidak terpaksa cari restoran mamak apabila adanya perlawanan secara langsung dan keluar larut malam hanya untuk menonton bola sepak Piala Dunia setiap hari.

Dalam pada itu, amat dikesalkan sikap syarikat televisyen berbayar Astro di mana telah mengenakan kos bayaran jika ingin menonton secara langsung bola sepak Piala Dunia walaupun kepada pelanggan tetap dan setia sejak berpuluh-puluh tahun lagi.

Inilah akibatnya apabila terdapat hanya sebuah syarikat sahaja memonopoli sesuatu rangkaian televisyen terutama sekali dalam genre kesukanan seperti mendapat lesen penyiaran bola sepak di peringkat antarabangsa dan juga tempatan.

Diharap pihak kerajaan baharu ini dapat mengkaji semula hak-hak penyiaran agar bukan hanya diberikan kepada satu syarikat sahaja.

Saya masih ingat lagi sekitar tahun 70-an dahulu kerajaan tidak mampu membayar kos mahal hak penyiaran secara langsung Piala Dunia dan telah meminta sumbangan setiap rakyat Malaysia menderma. Sambutannya ketika itu sungguh mengagumkan.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN