NIZHNY NOVGOROD, Rusia 24 Jun – Hatrik ketua pasukan, Harry Kane membantu England membelasah Panama 6-1, sekali gus mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2018, sebentar tadi. Jaringan penyerang Tottenham pada minit ke-22 (penalti), 45 (penalti) dan 62 itu turut meletakkannya sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol setakat ini. Skuad Three Lions bimbingan Gareth Southgate menunjukkan penguasaan penuh dan bermain agresif sebaik sahaja perlawanan bermula, sebelum membuka…










