KUALA LUMPUR 27 Jun – Cadangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi kepada industri padi seperti yang dibincangkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Majlis Penasihat Kerajaan Isnin lalu dilihat akan menyebabkan harga beras tempatan meningkat naik sekiranya direalisasikan. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Mohd. Fuad Yaakob berkata, Ketua Pengarah LPP, Hamzah Bahari tidak melakukan perbincangan bersama ahli-ahli Pesawah sebelum bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan dan cadangan tersebut hanya akan membebankan mereka…










