KUALA LUMPUR – Pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah gagal meraih kutipan mata pada perlumbaan Grand Prix Catalan, Sepanyol walaupun mempamerkan aksi hebat pada malam tadi. Pelumba berusia 24 tahun yang mewakili Monster Yamaha Tech 3 itu yang bermula di petak ke-14, mempamerkan pecutan yang mengagumkan untuk berada di kedudukan kesembilan sebelum jenteranya hilang kawalan dan tergelincir hanya beberapa pusingan untuk menamatkan perlawanan. “Saya berasa sangat selesa semasa perlumbaan, tetapi telah…










