KUALA LUMPUR 30 Jun – Pemain badminton kebangsaan akan digugurkan sekiranya gagal melepasi ujian nikotin yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya bakal melaksanakan dua ujian yang akan dikendalikan Institut Sukan Negara (ISN) dalam tempoh tiga bulan bagi memastikan pemain-pemain kebangsaan bebas nikotin. “Mungkin ada lima atau enam pemain yang sudah dikenal pasti dalam isu merokok ini dan kita…