KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Irian Jaya, Indonesia pada pukul 8.57 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa itu terletak di 2.10 selatan dan 138.8 timur, kira-kira 213 kilometer (km) barat dari Jayapura, Indonesia dan 2,374km timur dari Semporna, Sabah. Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya