ST. PETERSBURG 21 Jun – Perdebatan hangat mengenai pemilihan pemain yang menyelubungi skuad pasukan Brazil sebelum Piala Dunia berlangsung bertambah hebat walaupun selepas mereka menempuh satu perlawanan dalam kejohanan yang sedang berlangsung. Apakah Gabriel Jesus atau Roberto Firmino sepatutnya dipilih sebagai penyerang utama? Menjadi kegemaran Tite sejak jurulatih itu mula membimbing pada Jun 2016, Jesus, 21, berada dalam kesebelasan utama Brazil ketika perlawanan pembukaan Kumpulan E, yang mana mereka sekadar…










