Fara Hezel buang imej 'makcik-makcik' - Utusan Malaysia

Fara Hezel buang imej ‘makcik-makcik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Baru menginjak usia 22 tahun, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Setiaku Pasti, Fara Hezel atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri menyedari dia menjadi sasaran netizen yang melabel keperibadiannya dengan imej ‘makcik-makcik’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Masakan tidak, sejak menceburi bidang seni kira-kira setahun lalu, kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu dikatakan menjadi mangsa fesyen kerana dilihat terlalu ringkas, malah adakala berlebih-lebih dalam bergaya

“Jujurnya, secara peribadi saya gemarkan sesuatu yang ringkas, tidak sarat atau dilihat berlebihan. Asalkan selesa, itulah yang akan saya sarungkan ke tubuh ini.

“Akan tetapi, menyedari hakikat bergelar selebriti yang menjadi perhatian khalayak, saya perlu lakukan sesuatu untuk nampak ‘kena’ di mata peminat. Kalau tak, ada saja yang tak kena,” kata Fara.

Bukan sahaja cara pemakaiannya, bahkan solekan Fara juga kerap dikritik kerana kelihatan lebih berusia berbanding usianya yang sebenar.

Menurut Fara, jika ada pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya, dia serba salah untuk bersikap lebih selektif dalam menitikberatkan imejnya.

“Apabila ada pihak nak taja, saya terima sahaja. Asalkan muat dengan tubuh badan saya. Mungkin itu silap saya selama ini.

“Selepas ini, saya cuba untuk memilih agar imej dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya juga akan merujuk majalah fesyen untuk dijadikan rujukan selain mendapat khidmat nasihat orang lebih berpengalaman terutama rakan media,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN