KUALA LUMPUR 19 Jun – Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan pada Khamis lalu untuk menarik balik sepenuhnya sekatan penggunaan biobahan api berasaskan sawit mulai 2021. S. KALYANA Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr. S. Kalyana berkata, kejayaan itu antaranya adalah hasil desakan Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak sawit yang lain setelah sekatan tersebut diputuskan pada April 2017 melalui satu resolusi EU, yang kononnya untuk menjaga kelestarian…










