MARAN 3 Jun – Empat orang maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 161.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 8.49 pagi itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Terengganu. Sebelum kejadian, mereka dikatakan singgah di kawasan Rehat dan Rawat Temerloh sebelum meneruskan perjalanan. Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Shamsul Affendy Sulaiman berkata, empat mangsa tersepit dalam kejadian berkenaan. “Empat mangsa iaitu tiga wanita dewasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya