GADIS manis ini memiliki diploma dalam bidang rekaan fesyen, namun impiannya adalah mahu menjadi ahli perniagaan seperti bapanya. Elia Shafika Mohd. Shafiee menjadikan bapanya sebagai idola yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Gadis kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, walaupun dia mampu mengembangkan sayap dalam bidang yang dipelajari, namun dia memutuskan untuk bekerja di syarikat milik bapanya demi meraih ilmu yang lebih mendalam mengenai perniagaan. “Bapa saya menjalankan perniagaan dalam…










