Enam minggu Kerajaan Pakatan Harapan (Kerajaan PH) memerintah, rakyat sudah mula lupa menghitung hari. Begitu cepat rakyat dapat mengadaptasi suasana perpindahan kuasa politik. Adalah juga terdengar suara-suara nyaring tapi kita anggap ia sebagai kes-kes terpencil. Misalnya, rintihan Susan Loone dari portal berita Malaysiakini yang menganggap Kerajaan PH sebagai kerajaan baharu dengan budaya lama, ala budaya BN. Komen itu dibuat hanya kerana cara beliau dilayan kasar oleh beberapa orang pengikut pemimpin tertentu. Kita ambil kira insiden itu tapi seperti kata Datuk Seri Johari Ghani, kita beri peluang kepada kerajaan baharu ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya