MANILA 20 Jun – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluluskan dana ketenteraan sebanyak 300 bilion pesos (RM22.69 bilion) dalam tempoh lima tahun. Dana itu bakal digunakan untuk memajukan kemudahan ketenteraan lama yang sedang digunakan oleh Filipina termasuklah kapal perang ketika era Perang Dunia Kedua dan helikopter yang pernah digunakan oleh Amerika Syarikat (AS) sewaktu Perang Vietnam. “Kita akan membeli peralatan baharu seperti jet pejuang, dron, kereta kebal, radar dan kapal selam…









